Saturday, March 31, 2007

thirty six

2 days ago, was our design contest day - a very tiring day, yet very exciting.

our final design was very simple (as we sacrificed the 'ingenuity factor'), yet it was a succesful amphibian device. Our team (san jyuu roku ban) was the first team of the day to deliver the payload to the destination. All praise to Allah.

What we learnt from the project is that sometimes, simple thing can do a big thing. Besides, always, the best solution that we are looking for is actually already in our hand. If only we can eliminate the ignorance, 'unawareness', etc......

iya... begitulah. I still remember my programming subject years before - "Keep it simple stupid!".

"..kewajipan yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya, dan ringkaskanlah pelaksanaannya.." -HAB

Tuesday, March 27, 2007

cerita cikgu Alan

Ketika saya di sekolah, cikgu Alan S. pernah bercerita kepada kami tentang kisah seorang manusia. Mungkin kenalannya suatu ketika dahulu.

Ceritanya begini....
ada seorang pakar telah 'devote'kan dirinya untuk buat research tentang manufacturing process. He tried his best to complete the research but.. at the end, he failed. ~ He found that it was impossible to do it without first understanding a very simple phenomena in the machining process- 'friction'. He quit the research and began to study about the 'friction' ONLY. Small thing, yet very important.

well.....hmh.. so...?

antum,... sudah bersiwak pagi ini? katil, kamar tidur, sudah dikemaskan? lidah, hati, mata, kondisi mereka di masa ini bagaimana eh?...

Monday, March 26, 2007

pantun

rama-rama terbang melayang,
singgah sebentar di tepi sawah,
banyak orang bunuh orang,
....................................
....................................
sungguh jahat orang itu!

bidadari

Pernah ketika Rasulullah dimi`rajkan menghadap Allah swt, Jibril `alaihi salam memperlihatkan kepada baginda sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama di taman-taman syurga. Di dalam kumpulan bidadari tersebut, baginda Rasulullah terperasan seorang bidadari yang ternyata amat berbeza dari yang lain. Si bidadari itu menyendiri dan amat sangat pemalu. Lalu baginda Rasulullah bertanya kepada Jibril `alaihisalam, "Siapakah bidadari itu wahai Jibril?" Jibril lalu menjawab;

"Bidadari itu dalah diperuntukkan khas buat sahabatmu, Umar. Pernah suatu hari, Umar membayangkan keindahan syurga yang engkau ceritakan padanya. Lalu beliau menginginkan untuknya seorang bidadari yang lain dari yang lain.Bidadari itu berkulit hitam manis,dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru, serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah, maka pada saat itu juga, Allah menjadikan bidadari itu untuknya sesuai dengan apa yang beliau ingini."

wah.. subhanallah. Special sungguh bidadari Umar itu. Menyendiri dan pemalu. Teruja sih. ..Hm... Umar itu, syaitan pun takut padanya. Bandingkan dengan diri ini... barangkali lebih disenangi syaitan deh... na`udzubillah...

may Allah reward you the best.

Buat murobbiku di mana jua mereka berada..

murobbi, salamku kuhaturkan padamu,
murobbi, terima kasih segala jasa-jasamu,
kau gayut tanganku dengan mesra
saat ku dalam gulitta
kau peluk driku dalam hangat
saatku resah gelisah

murobbi, terimalah.. salam hormat dariku
murobbi, meskipn ... kau tak butuhkan itu.
segala nasihatmu kepadaku
membuka iman qalbuku
suara pertuahmu tulus bagiku
akankah ku dengar lagi?

oh murobbi, kau bimbinglah diri ini
yang mengharap redhaNya
aku lemah, aku jahil, tanpa bimbingan darimu
kau penyabar, kau penyantun, kau pengasih
kepada mutarobbimu
kesam mukaku, kau balas dengan senyummu

akhi,.. maafkanlah
bila aku kecewakanmu
akhi, syahadahmu
menghantarkan cita-citamu


..terima kasih..

Saturday, March 24, 2007

nur

...beberapa hari kebelakangan ini, saya dapati seseorang telah berubah. Doa saya ketika darjah 1 dulu bagai telah terkabul. All praise to Allah...

Subhanallah. Benar-benar... hidayah itu milikMu ya Rabb. Untunglah siapa sahaja yang disinari cahayaMu itu. Jalan jadi terang benderang, tiada sekelumit ragu lagi...

Friday, March 23, 2007

kalam

Saya membacanya lagi. Tenteram. Saya teruskan membaca. Damai. Terus lagi saya lanjutkan bacaan. Saya tersentak. Saya lirik pengertiannya. Mata saya basah.......
Benar benar mukjizat ya.....

Allahummarhamna bilquran.

Wednesday, March 21, 2007

makanan orang lesu.

Cerita ini mungkin kotor bagi sesetengah orang.

Suatu petang, when i reached home (after school), i saw a pack of pasta (half full) in the kitchen waste bin. Then, something weird happened to me. Subconciously I took the pack, and........ I ate all the pasta. Licin.

wh.. h?..

At the moment, I was very sure that the pasta was bought from my school musollah. Dan.... penjualnya, saya kenal benar. Kawan rapat yang baik.
That was the best pasta ever. Sedapnya bukan setakat di lidah, tapi, rasanya menerap ke hati. ha ha.. saya dah jatuh hati kepada si pembuat pasta itu~

Tuesday, March 20, 2007

K.M.G.P

Benar deh. Bukan omong-omongan. Bukan dongeng-dongengan. Ini betul- betul. Betul-betul nih. Mas gagah exist di sini. Berdozen. Melb.

Saturday, March 17, 2007

lagu laut

ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama mak ilai ilai;
dulu laut indahnya amboi
tapi sekarang semuanya dah ~

ikan paus tanya pada penyu
mengapakah laut tak macam dulu
mengapakah air biru dah jadi kelabu;

ketam batu tanya pada sotong
mengapakah banyak sampah yang terapung
apakah ini angkara manusia sombong;

ikan jerung pun banyak mengeluh
kerana banyak kawan-kawannya sudah kudung
kerana sirip-siripnya dipotong;

:)

.hai.

"..teman, izinkanku luahkan perasaan ini, agar engkau tahu, aku menyayangimu.. uhibbukumu fillah"