setiap tahun datang Muslim baru ke pekan ini, ada yg mmg secara semulajadi tak minat datang ke masjid dan ada yg minat ke masjid dan bila dilihat masjid ini begitu tak bermaya, depa jadi bersemangat nak memakmurkan masjid. ada yg bersemangat nak cuci masjid, nak cat baru masjid, nak buka kelas ngaji utk kanak2, utk kaum bapa, utk kaum ibu, nak buat halaqa. dan saya bersama beberapa kawan rapat yg agak lama disini akan berkata *mari kita lihat berapa lama semangat mereka* rata2 paling lama hanya 3 bulan, dan amir juga yg menang.
nak buat kelas ugama? kena tengok sapa yg jadi ketua atau gurunya. org yg bersimpati dgn syiah, langsung lah jgn sebut namanya tak kira lah walau dah berapa buku agama dah dipublsih oleh org itu. kan saya kata amir lebih handal.
kaum ibu nak buat kelas ugama. terus dihantar istrinya yg sebelum tu tak pernah ke masjid, istrinya jerit *bidaah, bidaah* sekuat hati semasa perbincangan bermula. maka kaum ibu pun ada yg berderai air mata, ada yg angkat kaki, ada yg geleng kepala & ada seorg dua yg cuba berdebat dgn nya tapi, istri amir lebih handal, macam suaminya. volume nya tak sapa yg boleh lawan. fyi, dia tuduh kami bidaah bila kami bincang bahawa utk khusyuk dlm solat, kita perlu faham makna bacaan kita. sigh!
dan yg terbaru, seorg pakar komputer nak buka kelas perbincangan. mahu guna buku hamzah yusuf. terus dilarang oleh amir, kerana hamzah yusuf banyak sesat, katanya. hamzah yusuf ini penderiannya banyak *lembut* contohnya hal2 poligami. amir tak setuju kerana katanya hamzah yusuf cuba nak mengharamkan apa yg halal. wallahu a'lam.
nak buka kelas utk umum, perbincangan ttg mana kaum ibu nak duduk pun dah habis satu malam. nak duduk kat bhg wanita di mana mikrofonnya selalu tak berbunyi, atau satu dewan dgn lelaki. kalau satu dewan, nak pasang tirai atau nak pasang penghadang papan. saya yg kurang sabar terlintas di kepala * entah aku datang ke masjid ni tak pernah pun teringin nak duduk atas riba depa* seeloknya bawa Bush saja berbincang, kan bush skrg sibuk nak pasang dinding konkrit kat sempadan mexico nun.
dan kehandalan yg terbaru amir ini adalah, ketiga2 ahli exco dakwah tarik diri, seorg sampaikan sanggup bersolat jumaat ke pekan sebelah yg 45 min jauhnya. merajuk sebab nak buat kelas ugama diherdik dek amir *elok kau masak saja brothers bujang datang ke masjid bukan nak dengar kelas ugama kau tapi depa nak makan*
itulah susahnya kalau org yg tak tahu menghargai ilmu menjadi amir.
baginya semuanya haram ATAU halal. makruh tak termasuk dlm kamus dirinya. contohnya, soal poligami, antara saya dan kawan2 lelaki yg mmg bersetuju secara am ttg perspesctives in Islam, pun ada perbezaan pendapat. tentulah berbeza pendapat, saya pompuan, depa lelaki. tapi tak de lah sampai menghalalkan apa yg haram & mengharamkan apa yg halal. we just have degrees in differences in our opinions.
apatah lagi kalau berbeza kaum, berbeza negara. alangkan selera tekak pun berbeza. org arab tak suka makan org asia tenggara dan vice versa. terlalu pedas kata org arab, terlalu bland kata org asia tenggara. jadi opinion kita ttg sesuatu isu juga ada degrees of differences. tidaklah sehingga apa yg halal jadi haram, apa yg haram jadi halal.
tapi depa ni tak boleh. kalu nak buat kelas ugama hanya boleh pakai AlQuran sahaja. buku ahmad deedat haram, buku hamzah yusuf haram. kita semua pelu sama dlm segala hal, hitam kata amir, maka hitam lah benda itu. walhal Allah bersabda *Aku menjadi kamu berbeza2......*
dan apa macam perbincangan tidak boleh. berbincang tu bererti mempertikaikan dan tidak bersetuju. maka tiadalah perbincangan. kau dgn apa yg bergolak2 dlm kepala otak kau dan aku dgn apa yg bergolak2 dlm kepala otak aku. kita yg dah dari kecik belajar pasal Islam ok gak la. yg baru convert tu? ada ka sorang sister baru tanya *betul ka neraka tu kat yemen* terlopong kami suma, rupanya dia baca kat web site Islam sesat
discovering new understanding and new knowledge. wei, mana boleh kan Islam itu dah sempurna, mana boleh dikaji2 lagi. maka saya bertanya kepada istrinya * kalau dulu Nabi tak naik kapalterbang, maka skrg kita naik kapalterbang maka haram kah jadinya?* jawapannya hanya jerit pekik yg membingitkan.
kan umat Islam skrg melalui zaman yg banyak dugaan. bagaimana kita akan jadi kuat, kalau kita tak ambik isi AlQuran dan kaji aplikasinya kepada hidup kita. bila yahudi dan nasrani di pekan ajak buat persatuan membantah perang antara agam di dunia, org yg mangambil bhg dituduh *menari2 berpegang tangan dgn yahudi & nasrani sambil pegang lilin* hello awak tinggal di mana? kalau awak tinggal di saudi arabia, boleh lah awak tak ambik pot ttg hal ini. tapi apa kata bila hidup di amrika, jiran sebelah rumah yahudi, cikgu di sekolah nasrani, kawan baik separuh yahudi, separuh nasrani. kerani di dept yg banyak menolong kita merempuh birokrasi Grad school adalah yahudi, bolehkah kita masih tak ambik pot?
maka jadi lah macam keluarga amir ini, anak2 nya homeschooling, bininya tak bergaul dgn org, hatta org islam pun. mula saya sampai di sini saya heran kenapa sisters tak pernah menjemput istri amir bila kami ada majlis, jawab kawan dari yemen. susah nak jemput istri amir tu, semuanya haram bagi dia.
cukup lah saya mengomel di sini. saya sendiri pun dah tak mahu ambik pot ttg hal masjid. sebab saya perlu survive dgn proses penulisan dissertation saya. TITIK.
bayangkan di akhirat nanti Tuhan tanya *kau jadi amir berdekad2, apa yg kau buat*
tsk tsk tsk kelas ugama tak buat, kelas ngaji tak buat, nak galakkan org datang pun tidak, kalau org datang dia sibuk nak jadi polis
ish ish ish as i said i better TITIK
me: he he he.... kelakor lah pulok bile bace kisoh nie. Astaghfirullah... hm... itulah... hati-hatilah kita. Buka minda, lapangkan dada, ingat Allah sokmo. Selalulah rujuk pada ustaz-ustazah yang dipercayai, dan .... QURAN DAN SUNNAH semestinya. InsyaAllah.. <..just another 'copy and paste'..>
0 comments:
Post a Comment