suatu ketika ketika zaman pemerintahan khalifah Umar al Faruk, terjadi satu kes pengadilan di mana dua orang anak meminta hukum qisas terhadap pemuda yang telah membunuh ayahnda mereka. Kedua mereka berkata, " Wahai khalifah Allah, pemuda ini telah membunuh ayahnda kami ketika beliau sedang di kebunnya. Maka hukumlah pemuda ini sesuai dengan hukum kitab Allah." Khalifah Umar memandang si pemuda yang tertuduh lalu menanyakan beliau apakah yang telah terjadi. Jawab si pemuda;
"Walaupun di sana tidak ada saksi sama sekali, kecuali Allah, Yang selalu Hadir, mengetahui bahwa mereka berdua berkata yang benar." Si tertuduh meneruskan, "Aku sangat menyesal ayah mereka terbunuh di tanganku. Aku orang dusun. Aku tiba di Madinah pagi tadi untuk berziarah ke makam Rasullulah saw. Di pinggir kota, aku turun dari kudaku untuk menyucikan diri dan berwudhu. Kudaku mulai memakan ranting-ranting pohon kurma yang bergelantungan melewati tembok. Setelah aku melihatnya, aku menarik kudaku itu menjauhi ranting-ranting tersebut. Pada saat itu juga, seorang pak tua yang sedang marah mendekatiku dengan membawa sebuah batu yang besar. Dia melemparkan batu itu ke kepala kudaku, dan kudaku itu langsung mati. Kerana aku sangat menyayangi kuda itu, aku tidak lagi dapat mengawal diri. Aku ambil kembali batu tersebut dan melemparkannya kepada pak tua itu, terus beliau rebah dan meninggal dunia. Jika aku ingin melarikan diri, boleh saja aku melakukannya, tetapi kemana? Jika aku tidak mendapat hukuman di dunia ini, aku pasti akan mendapatkan hukuman yang abadi di akhirat nanti. Aku tidak bermaksud membunuh pak tua itu, namun kenyataannya, beliau mati di tanganku. Sekarang tuan khalifahlah yang berhak mengadili aku."
Khalifah Umar lalu berkata, "Engkau telah membunuh. Maka, engkau berhak untuk dihukum dengan balasan yang setimpal dengan perbuatanmu itu." Walaupun ucapan dari khalifah tersebut adalah seperti pengumuman hukumun kematian ke atasnya, pemuda tersebut dengan tenang membalas, "Kalau demikianlah halnya wahai amirul mukminin, laksanakanlah hukuman tersebut. Namun, aku masih punya satu tanggungjawab yang perlu aku selesaikan. Aku diamanahkan untuk menjaga harta seorang anak yatim untuk diserahkan kepadanya apabila ia besar nanti. Harta itu aku tanam di satu tempat yang aman dan hanya aku seorang sahaja yang aku tahu di mana letaknya. Berilah aku kebenaran untuk aku pulang ke tempatku selama tiga hari dan menyelesaikan segala urusan sebelum aku dihukum mati. Kalau tidak, anak tersebut akan kehilangan haknya ketika ia besar kelak." namun khalifah Umar menjawab, "Permintaanmu tidak dapat aku penuhi kecuali ada orang lain yang bersedia menggatikanmu dan menjadi jaminan untuk nyawamu." Pemuda tersebut membalas, "Wahai Amirul Mukminin, aku dapat melarikan diri sebelumnya jika aku mahu. Hatiku sarat dengan rasa takut kepada Allah; yakinlah bahwa aku akan kembali."
Khalifah menolak permintaan itu atas dasar hukum. Pemuda itu memandang kepada para sahabat Rasullulah saw yang mulia, yang berkerumun di sekeliling khalifah. Dengan memilih secara acak, si pemuda menunjuk Abu Dzar Al-Ghifari dan berkata, "Orang ini akan menjadi jaminan bagiku." Abu Dzar adalah salah satu saeorang sahabat Rasulullah saw yang paling dicintai dan disegani. Tanpa keraguan sedikit pun, Abu Dzar setuju untuk menggantikan pemuda itu. Si tertuduh pun dibebaskan untuk sementara waktu. Pada hari ketiga, kedua pendakwa itu kembali ke sidang khalifah. Abu Dzar ada di sana, tetapi pemuda yang tertuduh tidak ada. Kedua pendakwa itu berkata: "Wahai Abu Dzar, anda telah bersedia menjadi jaminan bagi seseorang yang tidak anda kenal. Seandainya dia tidak kembali, kami tidak akan pergi tanpa menerima pengganti darah ayah kami." Khalifah Umar lalu berkata, "Sungguh, bila pemuda itu tidak kembali, kita harus melaksanakan hukuman itu kepada Abu Dzar." Mendengarkan kata-kata tersebut, setiap orang yang hadir di sana mulai menangis, kerana Abu Dzar merupakan orang yang berakhlak sempurna, sangat terpuji tingkah lakunya, dan merupakan cahaya dan inpirasi bagi seluruh penduduk Madinah.
Ketika hari ketiga tersebut mulai berakhir, kegemparan dan kesedihan orang ramai yang hadir mencapai kemuncaknya. Namun, di celah-celah saat yang genting itu, tiba-tiba pemuda yang tertuduh muncul. Beliau datang dengan berlari dan dalam keadaan penat, berdebu dan berkeringat, beliau berkata, "Aku mohon kemaafan pada kalian kerana telah membuat anda khuwatir. Maafkan aku kerana baru sampai di sini pada minit-minit yang terakhir atas terlalu banyak perkara yang harus aku kerjakan. Padang pasir ini sangatlah panas dan perjalanan ini teramatlah panjang. Sekarang aku telah siap, maka laksanakanlah hukuman terhadapku."
Kemudian beliau berpaling kepada orang ramai lalu berkata, "Orang yang beriman selalu menepati ucapannya. Orang yang tidak dapat menepati kata-katanya sendiri adalah orang yang munafik. Siapakah yang dapat melarikan diri dari kematian, yang pasti akan datang cepat atau lambat? Apakah saudara-saudara berpikir bahwa aku akan menghilang dan membuat orang lain berkata, "Orang-orang Islam tidak lagi menepati ucapannya sendiri?"
Orang ramai kemudian berpaling kepada Abu Dzr dan bertanya apakah ia sudah mengetahui sifat yang terpuji dari pemuda tersebut. Abu Dzar lalu menjawab, "Tidak sama sekali. Tetapi, saya merasa tidak mampu untuk menolak permintaannya ketika beliau memilih saya. Ini kerana hal itu sesuai dengan asas-asas kemuliaan. Haruskah saya menjadi orang yang membuat rakyat berkata bahwa tak ada lagi perasaan haru dan kasih sayang yang tersisa dalam Islam?"
Saat itu, hati dan perasaan kedua pendakwa tersentuh dan bergegar. Mereka lalu menarik tuduhannya seraya berkata, "Apakah kami harus menjadi orang yang membuat rakyat berkata bahwa tiada lagi rasa belas kasihan di dalam Islam?"
Subhanallah ya.... Betapa iman pada Rabb mengatasi segalanya~. Begitulah... segalanya manis, kalau benar-benar kerana Allah. Pemuda itu benar-benar telah membuka hati saya. Alhamdulillahi `alakulli hal.....

0 comments:
Post a Comment