Monday, March 26, 2007

bidadari

Pernah ketika Rasulullah dimi`rajkan menghadap Allah swt, Jibril `alaihi salam memperlihatkan kepada baginda sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama di taman-taman syurga. Di dalam kumpulan bidadari tersebut, baginda Rasulullah terperasan seorang bidadari yang ternyata amat berbeza dari yang lain. Si bidadari itu menyendiri dan amat sangat pemalu. Lalu baginda Rasulullah bertanya kepada Jibril `alaihisalam, "Siapakah bidadari itu wahai Jibril?" Jibril lalu menjawab;

"Bidadari itu dalah diperuntukkan khas buat sahabatmu, Umar. Pernah suatu hari, Umar membayangkan keindahan syurga yang engkau ceritakan padanya. Lalu beliau menginginkan untuknya seorang bidadari yang lain dari yang lain.Bidadari itu berkulit hitam manis,dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru, serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah, maka pada saat itu juga, Allah menjadikan bidadari itu untuknya sesuai dengan apa yang beliau ingini."

wah.. subhanallah. Special sungguh bidadari Umar itu. Menyendiri dan pemalu. Teruja sih. ..Hm... Umar itu, syaitan pun takut padanya. Bandingkan dengan diri ini... barangkali lebih disenangi syaitan deh... na`udzubillah...

0 comments: