ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama mak ilai ilai;
dulu laut indahnya amboi
tapi sekarang semuanya dah ~
ikan paus tanya pada penyu
mengapakah laut tak macam dulu
mengapakah air biru dah jadi kelabu;
ketam batu tanya pada sotong
mengapakah banyak sampah yang terapung
apakah ini angkara manusia sombong;
ikan jerung pun banyak mengeluh
kerana banyak kawan-kawannya sudah kudung
kerana sirip-siripnya dipotong;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment